Wednesday, 8 January 2014

Bila HATI BeRbiCaRa, PENA pun MeNaRi, MINDA pun BeRfuNgSi...

Views
Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Sebab pagi ini dikurniakan minda yang cerdas dan fizikal yang cergas. Banyak pula idea yang mencurah2 di minda ibarat hujan yang turun membasahi bumi bagi menyuburkan semua hidupan di bumi. Semestinya idea yang mencurah2 itu diharapkan mampu mebuahkan hasil yang terbaik untuk diri ini. Dalam masa yang sama boleh memberi keajaiban kepada yang berada disekelilingku.

Seperti biasa doaku untuk hari ini...
"Ya Allah, lapangkanlah dadaku. Mudahkanlah segala urusanku. Lepaskanlah simpul pengikat lisanku. Agar mereka memahami perkataanku. AMIN..."



Syukur pada Tuhan kerana hari ini, masih lagi diberikan peluang untuk bernafas di bumi ini. Sesungguhnya masih terlalu banyak tanggungjawab yang belum terlaksana dengan sempurna. Bukan sekadar memenuhi tuntutan duniawi semata2 tapi juga untuk syurga abadi. 

Impian seorang wanita Islam sepertiku/Impian kita semua Para Wanita Islam...
 

Walaupun sebagai manusia kekhilafan itu sentiasa ada namun sebagai hamba kepada pencipta, redha dan pasrah atas segala pengampunan yang dipohonkan. Moga Allah swt mengampunkan dosa2 kita dan merahmati kehidupan kita semua. Apatah lagi di kehidupan yang akhir zaman ini. Semoga kita semua berada dalam lindungan Maha Pencipta...

In Shaa Allah...





Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Just leave ur message