Wednesday, 19 February 2014

Makan Sedulang...

Views
Assalamualaikum dan Selamat Petang Semua...

Pernah dengar tentang MAKAN SEDULANG???

Gambar ini ala-ala MAKAN SEDULANG JUGA... TAPI GUNA DAUN PISANG...
MODEL ini PUTERA (baju HITAM) n PUTERI (baju ORANGE) 
... anak2 amy....
ala2 makan SEDULANG...
TAPI KALAU SEMUA kerumun kat SATU LONGGOK HIDANGAN lagi BAGUS kan???

Nak cuba2 AMAL kan juga CARA MAKAN SEDULANG ini..
betul2 YANG SEDULANG...







Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: “Makanlah secara berjemaah dan bacalah Bismillah, nescaya kamu akan beroleh keberkatan.”

Dalam mewujudkan semangat bermasyarakat atau berjemaah, Islam juga menggalakkan agar kita makan bersama-sama dengan saudara yang lain. Makan secara berjemaah akan mewujudkan perhubungan yang baik. Lebih-lebih lagi kalau makan satu dulang atau hidang ini dapat dijadikan amalan dalam keluarga kerana ia boleh mengeratkan hubungan dalam keluarga.Rasa seronok bila boleh suapkan anak-anak dan suami.Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sering makan sedulang dengan anggota keluarganya. Allah s.w.t menjanjikan keberkatan kepada keluarga yang makan bersama. Sayangnya, budaya makan bersama ini beransur-ansur pupus.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila dihidangkan makanan, maka makanlah daripada makanan yang dekat dengannya dan janganlah dia mengambil makanan daripada orang yang di sebelahnya.”

InsyaAllah, marilah sama-sama kita hidupkan sunnah Nabi ini. Disamping mendapat pahala, hubungan kekeluargaan juga bertambah erat dan dipenuhi dengan kasih sayang. Jom hidupkan sunnah Nabi!

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengamalkan satu daripada sunahku dalam keadaan ramai manusia yang meninggalkannya, maka akan diberikan kepadanya seratus pahala syahid.”

Cubalah yer....


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Just leave ur message